nuffnang header

Tuesday 14 May 2013

Mencari Ramli "Man. United" 2

Hello Hello Hello..

Lamanya tak update blog ni..Lindu nyee...Hehe.. (macam laa follower ramai khenn, pui!). Alright, hari ni kentalkan azam untuk update at least 1 entry. Kesian dah berhabuk dah my dearie bloggie. Huhuuuu ='(

Okayy..alright..ikutkan macam2 cerita boleh di blog kan sebab macam2 barang baru dibeli untuk di review kan..ngeh ngeh. Disebabkan diri ini peminat bola sepak jugak sikit2..(sikit je, tak banyak) Jadi hari ni nak cakap pasal Ramli. 

Haa? Sape Ramli tu? Anak sape? Hehehe.. Kalau anda semua perasan dulu2 kat tv ada 1 iklan TM ni dulu pasal Ramli dan Kelab Bola Sepak Manchester United. Ingat tak? Tak ingaattt?? Okay, cer tgk video kat bawah ni kejap. Teheee


Haaa...does it ring a bell?? ;)

Jadi, 'follow-up' dari TVC (iklan) di atas, Telekom Malaysia (TM) - Man. United telah mengadakan 1 program untuk mencari pelapis bola sepak negara kita, Malaysia untuk digilap bakatnya dan menjadi pemain bola sepak tersohor bertaraf antarabangsa.

Inilah pemenang program Mencari Ramli Musim 1 =D

Jadi....pada tahun ini, Mencari Ramli Musim Ke-2 kembali!!
TADAAA..!!~

Mencari Ramli 2
Dengan kejayaan program Mencari Ramli Musim Pertama, dimana 3 pemenang dipilih. 2 pemenang terpilih melalui undian juri dan seorg pemenang melalui undian penonton tv. 2 pemenang telah diserapkan dalam Skuad Harimau Muda Bawah-21 dan seorg lagi finalis mendapat tempat sebagai 'striker' di US Arezzo Football Club bawah 17 tahun. 

Selain tu, mereka juga memenangi trip ke Manchester United Soccer School dan trip ke Old Trafford (perghhhh..bestnyeeeee T_T ) dan lagi, mereka mendapat biasiswa selama 3 tahun di Frenz United Football Academy.

Audition
Audition pencarian Ramli 2 ni sebenarnya telah bermula Februari lalu dan lokasi pertama nya adalah di Jitra, Kedah. Kemudian diteruskan di Perak, Penang, Pahang, Terengganu, Johor, Kelantan, KL, Sabah, Melaka, dan akhir sekali Sarawak.

Audition di Sarawak akan bermula pada 18 May hingga 20 May 2013 di Padang B Petrajaya Kuching. Jadi orang Kuching, apa lagi? cepat2 lah bawak anak-anak anda, anak-anak saudara ke, adik ke pergi audition MR2 ni nanti. Rugi kalau tak cuba. Serioussslyyy rugi. Hehe

Konsep program
MR2 ni merupakan program bersiri berkonsepkan dokumentari+realiti yg mencari bakat pemain bola sepak Malaysia terbaik bawah 16 tahun. Mereka akan dihantar ke Manchester United Soccer School untuk di 'trained' dan digilap bakatnya utk menjadi "Ramli".

Objektif program
1. Menyediakan 'platform' utk pemain muda sepak untuk merealisasikan impian mereka.
2. Meningkatkan standard bakat pemain muda bola sepak tempatan.
3. Supaya ibu bapa melihat potensi dalam diri anak-anak dan menyokong pembabitan mereka sepenuhnya.
4. Untuk meningkatkan semangat Team Malaysia melalui program realiti ini.

Kriteria Ramli yg dicari
Remaja warganegara Malaysia yg berumur bawah 16 tahun yg sangat berbakat dan 'skilled' mcm Christiano Ronaldo (ngeh ngeh, psl CR tu saje2 tmbah sendiri =p ). Seorg yg boleh bekerja dlm berkumpulan ( a team player), dan mempunyai 'attitude' yg bagus serta semangat bermain bola sepak yg tinggi. (Passion is the must babeyh)

*MR2 mencari pemain yg PALING berbakat (the most talented player, he could be the best goal keeper, the best defender, the best midfielder, or the best striker)*

Jangan lupa saksikan program Mencari Ramli Musim Ke-2 setiap minggu pada hari Jumaat, pukul 7.30 ptg, bermula 19 April 2013, hanya diiiii..... TV3 ^_^

**Akhir sekali, sy nak kongsilah "Ramli" impian saya. Saya harap the next Ramli seorg pemain midfield yg sangat berbakat yg boleh juga boleh berfungsi sebagai striker dan defender pada masa yg diperlukan. Dia juga mesti mempunyai stamina dan semangat yang tinggi, kena lari laju (ngehee),dan fizikal nye mestilah tinggi dan mempunyai badan yg 'fit' (kelass gitewww =p ). Saya percaya negara kita mempunyai bakat yg macam ni, cuma kita je yg tak sedar. Hehe.

Majulah sukan untuk negara dan jgn lupa utk saksikan Mencari Ramli 2 di TV3!! Tataaa!~

No comments:

Post a Comment