nuffnang header

Thursday, 26 September 2013

Product Review: Veet Wax Strips

Ehem ehem. Hee. Kembali lagi kita dalam rancangan Product Review bersama Dyana Hassan! Ngehehe. =D *mengada sangat*

Okay, entry kali ni nak share pasal satu produk ni yg memang saya tak pernah miss beli tiap kali habis. Dulu-dulu memang guna shaver walaupun tak puas hati  sangat dengan resultnye. Pernah jugak try wax tapi rasanya brand lain dan tak berkesan, so kembali dengan shaver. Tapi! Lepas try guna Veet Wax Strips ni kannn, terus produk ni jadi a-must-have-item giteww. Memang takleh duduk diam kalau menda ni habis. Confirm nak kena pegi cari kat Guardian ke Watsons bila habis. o_O



Produk: Veet Wax Strips
Harga: RM19-RM29 (harga berubah2 mengikut sales di Guardian/Watsons)
Ni lah rupe kotak wax strip nye. Ada lagi 1 jenis, color merah bau berry. Wangi..Nyumnyum =D

Ni barang2 dalam kotak tu. Ada wax strips, yg pink tu finish wipes, dan ada instructions of using.

Apa kegunaan wax strips ni? Kegunaan nya menggantikan shaver lah. Boleh digunakan di kaki, lengan, tiak. Keke. Kalau kite shave, kena renew hari2 kan sbb nye bulu akan cepat naik balik. Tapi bila waxing, lambat sikit lah bulu naik sebab nye bulu itu dikeluarkan dari akar umbinye. Huhu. Tapi tempoh kuar balik tu berbeza mengikut individu yew.

Cara penggunaan nye:

1. Yang penting sekali, wax strip ni agak besar. Jadi kalau nak guna untuk kawasan yg kecik2, kat tiak misalnya, kita boleh potong2 dlu dgn gunting. Mengikut size yg kte nak.

2. Pastikan tempat nak wax tu kering. Jangan bagi kena air or basah2 pulak.

3. Gosok2 sikit wax strips tu dgn tapak tangan sebab namanye pun cold strips, so kte kena panaskan sikit cold strips ni guna suhu badan kite.

4.Wax strip ni melekat mcm gam, jadi tarik slow2 dan letak kat tmpt nak di wax.

5. Bila dah lekat, gosok2 sikit tempat tu.

6. Pastikan kita ready untuk tarik mengikut arah yg berlawanan/bertentangan dengan penumbuhan bulu tersebut.

7. Dah ready??? Tarik laju-laju!! Prapppppp!

8. Lihat hasilnya. Hehe.

9. Ulang langkah sampai clean n clear. Hoho.

10. Gunakan finish wipes tu bila dah settle. Untuk membuang sisa-sisa yg melekat. Bila finish wipes tu dah habis, boleh gantikan cuci tmpat wax dengan baby oil. 

Seperti yg saya dah mention kat atas, ni adalah a must have item utk saya. I'm totally in love with this product. Dah pernah cuba brand lain tapi x berkesan. Ada time tu, poket tengah kering, so beli lah wax strips Nair since murah RM15 n kuantiti lagi byk. Tapi....try sekali je..kecewa. Sampai sekarang x bersentuh dah wax strips tu. Terus beli Veet balik. Huhu.

Untuk first timer, harga Veet ni sekarang agak mahal. Kalau x berkesan nanti rugi lah duit kan? Tapi good news lah, sebabnya Veet ada kuarkan debut version. Memang khas market untuk sesape yg baru nak mencuba. Sebabnye ada hanya 8 wax strips dan harganya pun lebih murah. Memang berbaloi. RM 9 je lebih kurang. Hari tu baru ternampak kat Watsons n terus beli. Sebab lepas buat kalkulator sendiri, beli debut version lagi murah dari beli yg terus byk, 20 strips tu. Hehe.

Okay, done! Lastly, product ni saya bagi 4.8/5 ! XD


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest 2015 kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)



16 comments:

  1. Replies
    1. Thanks for reading! Tapi skg sy dah tak guna veet, sebab dah guna epilator. Hehe =)

      Delete
    2. Ini digunakan untuk membeli barang-barang yang dijual. > http://hub.lnkreview.com/veet-my-discount

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. owh..tak sakit erk kalau tarik?macam berminat lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tarik cepat2 baru tak sakit. kalau slow2 memang problem la.. heheh

      Delete
  4. bila membayangkan ngerinya nak tarik tu...adoiii...berbelah bagi nak beli ... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takpe sekali sekala.. haha. Tp klau tmpt area kecik2 ok. Kalau nk guna for lengan or kaki penat jugak la nak menahan sakit

      Delete
    2. Hehe.. takpe sekali sekala.. haha. Tp klau tmpt area kecik2 ok. Kalau nk guna for lengan or kaki penat jugak la nak menahan sakit

      Delete
  5. bila membayangkan ngerinya nak tarik tu...adoiii...berbelah bagi nak beli ... hihihi

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Hai.. Epilator tu beli kat mana ye? Mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, epilator dekat guardian/watsons pun ada jual tp x byk choice. Boleh tgk dkt Giant/Tesco/Jusco/Aeon Big dekat bahagian electronic. Harga paling murh rm100. Ikut jenis. =)

      Delete
    2. Hi, epilator dekat guardian/watsons pun ada jual tp x byk choice. Boleh tgk dkt Giant/Tesco/Jusco/Aeon Big dekat bahagian electronic. Harga paling murh rm100. Ikut jenis. =)

      Delete
  8. Hai.. Epilator tu beli kat mana ye? Mahal tak?

    ReplyDelete
  9. Hai.. Epilator tu beli kat mana ye?

    ReplyDelete