nuffnang header

Sunday, 26 March 2017

Makanan Petang Best Di Dengkil

Disebabkan semalam baru je ber"teatime" dekat sini so rasa macam kena post dekat belog lah harini. Kalau tak memang takkan post sampai ke sudah. Kepada orang Cyberjaya especially, terasa nak makan petang ala-ala melayu tapi tak tau kat mana, boleh terjah restoran ni dekat Dengkil. 

Nama restoran ni macam tak spesifik sangat, dekat banner kedai ni tulis, "Kedai Cendol Durian Dengkil". Lebih kurang macam tu nama dia. Hehe. So, ni hasil tangkapan semalam.

Tepek gambar IG je sebab malas nak letak watermark dekat gambar raw. Hehe. Hasil tangkapan semalam adalah laksa, mee kari, cendol biasa, cendol durian, kopok lekor, cucur udang. Kopok lekor tu sedap, kita order lagi satu sebenarnya lepas makan tu. Yang lain pun sedap jugak. Selain dari ni, ada goreng pisang, sotong celup tepung n banyak lagi.


Hmm, kalau makan memang macam ni. Tak pandang kiri kanan dah padahal masa ni hujan lebat tempias2 semua.. >.<


Kedai ni dari Cyberjaya, masuk2 je ke Dengkil, kedai belah kanan. So kena u-turn dulu then boleh lah sampai ke kedai ni. Kedai ni memang selalu ramai orang tapi memang best sekali sekala datang makan sini sebab pilihan makan petang banyak dekat sini. Sekian.

No comments:

Post a Comment